Monday, September 21, 2015

KISAH SAHABAT PULAS TELINGA HARIMAU

Nitnetnit - Pada suatu hari, Ibnu Umar RHUM keluar untuk bersafar. Ketika sampai di sebuah tempat, ramai orang berhenti di situ. Beliau bertanya, “Apa yang telah berlaku?”

Mereka menjawab, “Ada seekor harimau sedang menakut-nakutkan orang ramai di jalanan.”

Ibnu Umar RHUM lantas turun dari kudanya dan berjalan ke arah harimau itu lalu memegang telinganya. Kemudian, beliau memulas-mulas telinga harimau itu. ...Tanpa diduga, harimau itu pun menundukkan lehernya dan berlalu pergi dari situ.

Kemudian, beliau berkata, “Rasulullah SAW tidak pernah berdusta mengenai apa-apa yang telah sampai kepada kalian. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa, pastinya yang menguasai anak Adam ialah apa-apa yang ditakutinya. Jika anak Adam tidak takut pada sesuatu kecuali Allah SWT, maka selain Allah tidak akan dapat menakut-nakutkannya. Dan, pastinya apa yang mewakili anak Adam adalah apa-apa yang diharapkannya. Jika anak Adam tidak mengharap kecuali kepada Allah maka dia tidak mewakili kepada selain-Nya.”

Wallahua'lam

KISAH SAHABAT PULAS TELINGA HARIMAU Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Anonymous